Membina Website

Kami menawarkan servis membina website peribadi, peniaga, kelab sukan, syarikat dan NGO untuk memudahkan anda berkongsi maklumat dengan kumpulan sasaran anda dengan harga yang berpatutan.

Jika anda berminat, kita boleh memulakan rundingan berkenaan reka bentu, domain dan harga. Anda boleh menghubungi kami melalui email dan WhatsApp;

tawaukini.ads@gmail.com

+6011-19054285

 

Kelebihan Miliki Laman Web

Adakah anda mempunyai barangan atau servis untuk dijual dan tidak mempunyai laman web? Jika ya, ini samalah seperti perniagaan anda tidak wujud. Mengapa anda fikir orang melayari internet dan melawat laman web? Ya, untuk mencari maklumat. Dan jika anda berniaga, maklumat adalah amat penting. Sebab itu anda perlu mempunyai laman web dan laman web anda mesti mengandungi tentang apa yang anda boleh lakukan untuk pelawat laman web anda.

Di bawah ini adalah beberapa kelebihan dalam mempunyai laman web untuk perniagaan anda.

https://i0.wp.com/cdn-images-1.medium.com/max/800/1*A4AZXGxmMSPgmoMzdmh98A.gif?resize=617%2C347&ssl=1

Akses Kepada Pelawat

Dengan adanya perkhidmatan internet bermaksud laman web anda boleh dilawati pada bila-bila masa sahaja. Ini samalah seperti anda memiliki kedai dan kedai anda terbuka sepanjang masa dan pelanggan boleh masuk ke kedai anda pada bila-bila masa, siang atau malam. Orang akan lebih suka melawat laman web anda kerana ia lebih mudah, cuma pastikan maklumat yang terdapat dalam laman web anda lengkap dan memenuhi apa yang pelawat ingin tahu.

Akses Kepada Maklumat

Tahukah anda bahawa jika anda mempunyai laman web sendiri anda sendiri, anda sebenarnya boleh mengetahui semua aktiviti yang berlaku di situ? Anda juga boleh mendapat maklumat yang memberitahu anda berapa ramai orang yang telah dan sedang melawat laman web anda. Anda juga boleh lihat kemajuan laman web anda dengan melihat kepada statistik lamn web dan semua halaman-halamannya. Yang paling bagus, anda juga boleh membuat kemas kini laman web anda bila-bila masa, menjadikan ia jauh lebih murah daripada bahan bercetak.

Kemudahan Pelanggan

Dengan memiliki laman web sendiri akan membuatkan pelanggan anda mudah mencari anda. Dengan kemudahan inilah membuatkan pelanggan anda tidak perlu melawat anda di premis perniagaan fizikal anda, hanya perlu lawati laman web anda.

Meningkatkan Pelanggan

Anda mungkin popular dan mempunyai ramai pelanggan di kawasan perniagaan anda, tetapi bagaimana pula dengan pelanggan atau yang berpotensi menjadi pelanggan anda yang berada luar dari kawasan perniagaan anda. Dengan adanya laman web sendiri, anda mampu menggandakan pelanggan anda, bukan sahaja dalam negara malahan dari seluruh dunia. Internet merupakan sebuah komuniti global, dengan adanya laman web, perniagaan anda akan dapat dilihat di seluruh dunia.

Pengiklanan

Terdapat banyak cara untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan anda melalui internet, memiliki laman web sendiri merupakan salah satu caranya dan ianya mesra alam. SEO sesebuah laman web mestilah bagus untuk promosi yang lebih baik. Jika anda sudah maju atau mempunyai peruntukan kewangan lebih, anda boleh cuba iklan di Facebook atau Google.

Lebih Murah

Perbelanjaan pengiklanan adalah mahal, terutamanya jika diiklankan melalui media cetak, radio, televisyen atau iklan berbayar diinternet. Mempunyai laman web sendiri adalah cara yang mudah dan murah untuk mempromosikan perniagaan anda. Dengan adanya laman web dan disertai dengan teknik pemasaran yang betul, promosi anda akan berjalan dengan jayanya.

Pautan

Pautan merupakan satu aspek yang sangat penting untuk pemasaran viral. Jika terdapat banyak laman web yang menghubungkan kepada laman web anda, ini samalah seperti anda menyebarkan berita didalam laman web anda dengan lebih meluas lagi. Dan jika anda mempunyai laman web yang baik dengan isi kandungan yang baik yang yang dicari diinternet, orang akan lebih cenderung untuk menghubungkan laman web anda kepada mereka. Ini bermakna pelawat laman web mereka juga terdedah kepada pautan yang menghubungkan mereka kepada laman web anda.

scrolling

Meningkatkan Jualan

Laman web yang bagus dan selalu dikemas kini akan membawa pelawat yang lebih ramai. Pelawat yang ramai pula akan menyebabkan lebih banyak jualan terhasil.

Hubungan Yang Lebih Baik Dengan Pelanggan

Dengan mempunyai laman web anda sendiri, anda boleh membina hubungan yang lebih baik dengan pelanggan anda. Anda boleh menghantar mesej dengan serta-merta kepada pelanggan anda melalui sistem e-mel yang ada, malahan jika laman web anda mempunyai sistem opt-in, anda boleh menghantar mesej melalui sistem blast yang ada diruang admin. Sistem maklum balas dalam talian adalah terbaik antara pelanggan dan anda. Selain membina hubungan yang baik dengan pelanggan, anda juga boleh memberikan mereka lebih banyak info mengenai perniagaan dan projek terkini anda melalui mesej atau e-mel.

 

Pelanggan Jangka Panjang

Anda ada laman web, maka anda akan ada pelawat dan pelanggan. Pelawat adalah orang yang singgah datang melihat laman web anda, manakala pelanggan adalah pelawat yang bertukar menjadi pembeli dilaman web anda. Bayangkan pelanggan ini menjadi pelanggan tetap anda, sentiasa membeli pada selang masa yang tertentu. Mempunyai laman web anda sendiri memberikan anda peluang untuk mendapat lebih banyak pelanggan atau pelanggan tetap yang boleh membantu mengembangkan perniagaan anda.

 

Peluang Membuktikan Kredibiliti

Sebuah laman web dapat memberikan anda peluang untuk membuktikan kredibiliti anda kepada orang ramai. Anda perlu memberitahu pelanggan anda mengapa anda layak mendapat kepercayaan mereka melalui laman web anda. Dengan cara ini anda boleh mendapat maklum balas positif untuk perkhidmatan atau produk anda. Laman web anda juga boleh menjadi satu tempat untuk pelabur yang berpotensi untuk bergabung dengan anda untuk menjalankan perniagaan secara usahasama.

Pemilik perniagaan yang bijak akan juga membina laman blog untuk syarikat mereka. Mempunyai blog untuk menghantar kandungan terkini akan memastikan laman web anda menarik dan segar. Disamping itu laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain yang sepertinya adalah penting untuk pemasaran laman web anda.

Semua ini adalah beberapa kelebihan dalam memiliki laman web untuk perniagaan anda. Bangunkan satu penyelesaian yang anda rasa bagus untuk memajukan lagi perniagaan anda.