Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir tiba di Sabah

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Kota Kinabalu bagi menghadiri upacara sambutan Hari Malaysia malam ini.

Pesawat khas yang membawa perdana menteri mendarat di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira 12.20 tengah hari.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, anggota kabinet negeri dan persekutuan, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri serta ribuan penyokong Pakatan Harapan Parti Warisan Sabah.

Kira-kira 7 malam ini, Dr Mahathir dijadualkan menghadiri acara sambutan Hari Malaysia yang berlangsung di Padang Merdeka.

Sumber : Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *