458 penerbangan diumumkan sempena hari raya, termasuk Tawau

458 penerbangan diumumkan sempena hari raya, termasuk Tawau

PUTRAJAYA 6 Jun – Sebanyak tiga syarikat penerbangan tempatan akan menyediakan penerbangan tambahan bagi kemudahan orang ramai sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tiga syarikat penerbangan tersebut iaitu Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo akan menyediakan secara keseluruhan sebanyak 458 penerbangan tambahan dengan melibatkan 140,264 tempat duduk.

“Pihak Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah meluluskan sebanyak 458 penerbangan tambahan untuk musim perayaan sepanjang bulan Jun ini.

“Adalah diharapkan dengan penambahan penerbangan ini dapat mengurangkan masalah ketiadaan tiket kapal terbang,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut Anthony, antara laluan yang terlibat ialah dari Kuala Lumpur ke Alor Star, Langkawi, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Bandar Seri Begawan, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuching, Labuan, Tawau, Sandakan, Miri dan Kota Kinabalu.

Katanya, turut terlibat ialah penerbangan dari Kuala Lumpur ke tiga lokasi di Indonesia iaitu Kuala Namu, Medan; Surabaya dan Jakarta serta laluan ke Ho Chi Minh, Vietnam.

Selain itu, katanya, laluan lain ialah dari Subang ke Alor Star, Kota Bharu, Pulau Pinang dan Kota Bharu manakala dari Johor Bahru pula melibatkan laluan ke Kota Kinabalu, Miri, Tawau, Sibu dan Alor Star. – UTUSAN ONLINE

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *