Padah Kren Lalu Jambatan Kayu : Jambatan Runtuh, Jalan Ranggu Terputus

TAWAU; 06 JUN 2018 (Rabu) – Jalan utama, Jalan Armon, Ranggu telah terputus dan tidak dapat dilalui oleh pengguna jalan raya apabila sebuah jambatan kayu yang menjadi penghubung antara Jalan Mariano Batu 9 dan Jalan Armon telah patah dan mengalami kerosakan teruk kesan sebuah kren Maxer yang telah melaluinya malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, jambatan patah berpunca apabila sebuah kren berat telah cuba melalui jambatan berkenaan dan telah mengakibatkan lantai kayu jambatan berkenaan telah patah dan kren tersangkut di atas jambatan serta menghalang laluan utama jalan berkenaan.

Orang ramai yang tinggal berdekatan kawasan berkenaan dinasihatkan menggunakan laluan altenatif di Jalan Armon terus ke simpang Jalan Ranggu hadapan Taman Ranggu Saujana dan kena berpatah balik ke simpang Jalan Ranggu / Jalan Armon Batu 9.

Sumber – FB Polis Daerah Tawau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *