TV3 mohon maaf, Shafie Apdal tak sebut pembalakan punca banjir

TV3 mohon maaf, Shafie Apdal tak sebut pembalakan punca banjir

Merujuk kepada laporan Buletin Utama bertarikh 2 Jun 2018, ia adalah berdasarkan kepada laporan berita oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Bernama.

Namun terdapat kesilapan dalam laporan dari sumber Bernama yang telah memetik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai berkata pembalakan di Keningau punca banjir di Penampang sedangkan perkara itu tidak pernah disebut ketika sesi temuramah bersama media.

Laporan itu sepatutnya seperti berikut:

Tindakan kerajaan negeri Sabah untuk menghentikan sementara pengeksportan balak serta langkah diambil berkaitan aktiviti pembalakan di negeri itu dilihat antara satu daripada kaedah untuk menangani masalah banjir yang berlaku di Sabah, khususnya di Penampang.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kejadian banjir yang sering berlaku di daerah ini , antaranya, kesan daripada aktiviti pembalakan dahulu.

Beliau sebaliknya meminta agar Jabatan Kerja Raya melawat kawasan itu dan mempercepatkan kerja menyiapkan projek penebatan banjir bagi membolehkan masalah banjir di Penampang diselesaikan katanya selepas melawat Bilik Operasi Banjir Penampang.

Kesilapan itu amat dikesali.

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *