Warga Tawau Bangkit Isu Sampah di ‘Highway’, Tuntut MPT Sediakan Tong Sampah

Individu dan Kumpulan yang Menjalankan Aktiviti Kutip Sampah di Highway

Pada 22 Mei baru-baru ini satu siaran di kumpulan Facebook TAWAUKINI tular berikutan gambar yang memaparkan keadaan sampah sarap bersepah di Persiaran Traulsen atau lebih dikenali sebagai ‘Highway’. Siaran tersebut telah mendapat capaian 2,100 likes dan 600 setakat hari ini.

Posting Yang Memaparkan Keadaan Sampah Sarap di ‘Highway’

Melalui komen-komen yang tertangkap di skrin komputer kami, rata rata netizen mengkritik sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di kawasan ini. Kebanyakan sampah yang disepahkan adalah plastik serta bekas makanan dan minuman berbuka puasa.

Selain itu, netizen juga mengharapkan ada tindakan segera daripada pihak berwajib terutamanya Majlis Perbandaran Tawau untuk menyelesaikan isu sampah di ‘Highway’ dengan kadar segera. Hal ini kerana ‘Highway’ merupakan antara pusat tumpuan utama warga Tawau untuk beriadah dan meluangkan masa bersama keluarga.

Keadaan sampah yang bersepah dan ketiadaan kemudahan untuk membuang sampah bakal merosakkan imej daerah ini di mata pengunjung dari dalam dan luar negeri.

Antara Komen yang Menuntut Pihak Berwajib Menyediakan Tong Sampah

Antara aspirasi yang dicadangkan adalah agar pihak berwajib meletakkan tong-tong sampah di sekitar kawasan tersebut. Selain itu, terdapat juga komen sinis mencadangkan agar dipasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di kawasan tersebut.

Menyedari akan masalah ini, terdapat beberapa individu dan kumpulan tampil ke hadapan menyumbangkan tenaga untuk mengutip sendiri sampah-sampah di kawasan tersebut. Langkah proaktif ini diambil oleh masyarakat yang bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar terutamanya di Daerah Tawau. Pihak TAWAUKINI mengucapkan tahniah di atas usaha murni ini.

Credit FB : Addy Samsudin

Credit FB : Addy Samsudin

Credit FB : Roslan Jumadi

Credit FB : Roslan Jumadi

 

 

 

 

 

 

 

 

Credit FB : Geng Street Dakwah

Credit FB : Ikatan Anak Muda Tawau (IKAT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *