Hargai petugas malam, GSD anjur singgah sahur ke balai polis, bomba, hospital

TAWAU, 1 Jun 2018 – Tatkala orang lain sedang lena dibuai mimpi, masih ada insan-insan yang gigih melaksanakan tanggungjawab demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat selaku petugas malam, lima usahawan Tawau telah menganjurkan Program Singgah Sahur bagi menghargai anggota keselamatan yang bertugas di bulan Ramadan yang mulia ini.

Image may contain: 13 people, including Alias Hj Idris and Mohd Rahman Ramli, people smiling, people sitting and people standing

Ketuanya, En. Alias Hj. Idris berkata, tahun ini merupakan julung kalinya diadakan program berkenaan dengan disertai usahawan yang lain.

Katanya, mereka mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, tengah malam tadi dan menyampaikan sedikit makanan serta minuman kepada anggota yang bertugas di Balai Polis Tawau.

“Program usahasama dari Geng Street Dakwah (GSD), Al-Quds Travel, Armada Spektrum, Raudhah Rayyan dan Jubah Tawau ini dijalankan cukup memberi impak dalam usaha menghargai petugas-petugas malam yang hampir keseluruhannya merupakan petugas daripada pasukan beruniform,” katanya.

Menurutnya hasil usahasama program ini, telah menyediakan makanan secara gotong-royong sebelum diagihkan ke lokasi-lokasi terpilih yang menjadi tumpuan awam.

Ucapan terima kasih Ketua Polis Daerah Tawau atas sumbangan juadah sahur ini, ianya dapat memudahkan semua petugas barisan hadapan untuk melaksanakan tugas serta dapat menjalani ibadah puasa pada keesokkan harinya.

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Image may contain: 1 person

Aktiviti Agihan di Hospital Tawau

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Image may contain: 6 people, including Azrul Syawal, Alias Hj Idris and Muhd Ridwan Sellang, people smiling, people standing

Aktiviti Agihan di Balai Bomba Tawau

Image may contain: 12 people, including Alias Hj Idris, Nidzam Ahmad, Amirah Haris, Mohd Rahman Ramli, Nurul Izzah Najamudin and Nor Azelina Riduansa, people smiling, people standing

Image may contain: one or more people, people standing and indoor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *