Netizen Cadang Bina Tawau Skywalk Dari Terminal Bas Bandar ke UTC

 

Kumpulan Facebook TAWAUKINI sering menjadi tumpuan warga daerah ini di media sosial kerana pelbagai info terkini disalurkan oleh ahli kumpulan saban hari dari masa ke semasa. Antara info yang sering dikongsikan adalah berkenaan dengan isu politik negara, perbahasan polisi kerajaan, kes-kes jenayah, isu-isu daerah, tidak kurang juga dengan bahan jenaka agar group kekal relevan dan aktif di media sosial.

 

 

Semalam satu posting di kumpulan tersebut berjaya menarik perhatian netizen dengan capaian 1,300 likes dan 242 comments setakat ini. Posting berkenaan adalah daripada pemilik akaun yang bernama “Jimmy Art” mencadangkan aspirasinya melalui satu lakaran untuk diwujudkan sebuah projek ‘Sky Walk’ (laluan pejalan kaki antara bangunan) yang dapat menghubungkan Terminal Bas Bandar ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau.

Melalui komen-komen di posting berkenaan, ramai yang menyambut baik cadangan tersebut untuk direalisasikan atas beberapa faktor seperti penjimatan masa, wang dan jaminan keselamatan.

Berikut adalah reaksi netizen yang tertangkap di skrin kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *